Rabu, 22 Januari 2014

24 GURU PELATIH IPGKKB BERTUGAS DI SEKOLAH ASLI KELANTAN


                    IPGKKB melakar sejarah tersendiri apabila seramai 24 orang guru pelatih yang menjalani latihan mengajar di Sekolah kebangsaan Asli Gua Musang dan Jeli dapat bertugas di tempat mereka menjalani latihan mengajar.

                   Program latihan mengajar di sekolah kebangsaan Asli telah dijalankan pada tahun 2013 yang lalu.

Isnin, 20 Januari 2014

MESYUARAT PEMURNIAN KERTAS CADANGAN AKTIVITI PKPP KEBANGSAAN

       Mesyuarat pemurnian kertas cadangan PKPP 2014 di IPGK Pendidikan Islam, Bangi dipengerusikan oleh Dr Mohamad Nor mewakili Rektor.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Dr Mohamad Noor (IPGM). Taklimat turut disampaikan oleh  YH Dato' Mazlan Mohamed (Pengarah BPSH). Mesyuarat dihadiri oleh Tuan Hj Hashim B Deraman, Pengarah IPGKKB, Pengarah IPGKTAA, Pengarah IPGKTHO, Pengarah IPGKPI, Pegawai meja dari IPGK Keningau, IPGKTAA, IPGKTHO, IPGKTI, IPGKKB, IPGK SAH dan IPGK Pendidikan Islam.



Terima kasih TP IPG Islam

MESYUARAT PELANCARAN PRAKTIKUM IPGKKB SESI 2014 
DI SK BROOKE, GUA MUSANG, KELANTAN.


           PKPP IPGKKB  bersama dengan Unit Praktikum telah mengadakan mesyuarat pelancaran praktikum 2014 di Sekolah Kebangsaan Asli Pos Brooke, Gua Musang. Program  dihadiri oleh wakil PPD Gua Musang, PPD Jeli dan 8 orang guru besar SK Asli terpilih dan 4 orangpensyarah IPGKKB.

Majlis dipengerusikan oleh Tuan Haji Ariffin  Mohd Nawi, Wakil PPD Gua Musang. Tuan Haji Abd Aziz Zaki, KU Praktikum turut memberi input  mengenai peranan Guru Besar dalam program praktikum. En Azha Ibrahim telah memberi maklumat mengenai kajian tindakan yang bakal dilaksanakan oleh guru pelatih.

Gurubesar dan pensyarah yang  hadir dalam mesyuarat di SK Brooke.

MESYUARAT PUSAT KECEMERLANGAN PEDAGOGI PERIBUMI  ZON TIMUR 2014

              PKPP Zon Timur telah mengadakan mesyuarat pertama pada  16 Januari  2014 bertempat di IPG Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Haji Hashim Deraman, Pengarah IPG Kampus Kota Bharu turut dihadiri oleh YH Dato Jaafar B Idris, Pengarah IPGK TAA dan En. Ghulam Sarver B Mubarak Ali, Pengarah IPGKKDRI.
              
      Semua  IPG telah membentangkan aktiviti yang telah dilaksanakan pada tahun 2013.  Untuk sesi 2014, PKPP ZT telah merancang 7 program bersama yang akan dilaksanakan bermula daripada bulan Februari.




Ahad, 19 Januari 2014

PROGRAM PENYERAHAN GURU PRAKTIKUM SEMESTER 7
DI SEKOLAH KEBANGSAAN ASLI GUA MUSANG.


                 Penyerahan guru praktikum di Sekolah Kebangsaan Asli Gua Musang dan Jeli dilancarkan pada 27 Januari 2014. Seramai 23 orang guru pelatih telah menyertai program praktikum di Sekolah Asli untuk kali kedua yang terdiri daripada opsyen Bahasa Melayu, TESL, Pengajian Islam dan Matematik.

                  Program dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Brooke.



Selamat datang ke Sekolah Kebangsaan Brooke.

Mengiringi VIP ke majlis perasmian

Muzik pengiring

Taboh






Bekas sumpit



PPD Gua Musang menyampaikan ucapan.

Penyerahan Guru Pelatih kepada Guru Besar

Selamat berpraktikum di SK Brooke

Kenangan bersama Guru Petahih, IPGM, Guru Besar dan PPD


HENDROP MEMBACA