Rabu, 12 November 2008

POS GOB.

            Abang Mad (Ustaz Mohammad Ayub) beriya-iya benar  nak masuk ke kawasan pedalaman, perkampungan Asli. "Abe doa-doalah masa solat tahajud.. mudah-mudahan ada rezeki untuk masuk ke pedalaman".
             Masuk ke Pos Gob bersama Ustaz Nahrawi (KEMAS Putrajaya) adalah pengalaman yang mahal.
Penginapan kami selama 3 hari dua malam.
Melalui jalan balaklebih kurang 70 Kuala Betis, sampai lewat petang kerana perjalanan offroad yang jauh ke pos. sampai di sana  aktiviti santai,ziarah mahabah kampung dan Tok Batin.
                 





 

Selasa, 4 Mac 2008

JAKOA BERSAMA  MASYARAKAT ASLI KUALA KOH


En. Ismail Jaafar (Arwah; Al Fatihah untuk sifu saya) mengajak saya dan  En. Ruziman menghadiri program motivasi bersama masyarakat asli di Taman Negara Kuala Koh. Alhamdulillah, tempat program berlangsung benar-benar menyuntik jiwa untuk terus membantu masyarakat ini hingga berjaya. Mereka adalah saudara seagamaku, namun.. Pegawai Pendidikan JAKOA En. Ramli Abd  Aziz  memberi kami peluang berinteraksi dengan masyarakat Bateq. Rumah mereka masih benar-benar asli, tak ada rumah batu atau rumah kayu.


Lokasi> Lebih kurang i km sebelum Taman Negara Kuala Koh.




Jalan terus tu menuju Taman Negara Kuala Koh

Ladang sawit Aring.

Penempatan suku Bateq pada  Mac 2008.


En. Ramli membuka bicara

mendengar dan memerhati dari dalam rumah


Anak-anak Bateq rapat dengan ibu bapa

Hantarlah anak-anak ke sekolah.
Semua kerajaan tanggu ng




anak-anak.. siapa patut membelamu?


Kesian encik. Anak kecik lagi dah duduk jauh-jauh dari mek.
"kalau anak encik macamana? 
Kecik-kecik kena hantar jauh, sakit demam cikgu bagi ubat aje,bukan cikgu nak jaga, anak murid ramai". Luahan ibu di Pos Kuala Koh.


anak dan bapa. Khusuk mendengar taklimat



mendengar dengan penuh minat.. demi masa depan anak-anak





Orang 'kuat' media JHEOA Kelantan




perkampungan kuala koh















Duduk atas 'sofa' asli.  Selesaa tau

En. Ismail mengajak ibu bapa menghantar anak ke sekolah





Yang depan tu En. Ruziman.


Merenung jauh masa hadapan anak cucu




Tu Hilux bukan JAKOA punya.

Senyum sokmo. Ceria hari-hari

Hampir 40 orang kanak-kanak yang berada diperkampungan ini tidak hadir ke sekolah.
Antara alasannya ialah; jauh dari kampung, jauh daripada ibu bapa,
....cikgu pun bukan ajar sangat anak-anak kita...
(satu pernyataan yang amat pahit buat kami warga guru),


Kalau saya ke sekolah, siapa nak 'jaga' emak?

Pernah bersekolah.


"Mengapa kerajaan tidak boleh buat sekolah di sini?"



Betu ke gambar ni cik Asri, atau ...








cik Ruziman membahagi-bahagikan buah tangan dari IPG







Gambar ehsan En Asri JAKOA. Terima kasih


HENDROP MEMBACA