Ahad, 27 Mac 2022

Bengkel indeks Pembangunan Masyarakat OA Negeri Perak

 Pada 26 hingga 28 Mac 22, duduk di Coral Beach resort Pulau Pangkor. Buat kerja bersama-sama tokoh-tokoh pejuang masyarakat Asli.

     Kajian dijalankan oleh para pensyarah Universiti Teknologi Petronas. Banyak pengalaman duduk bersama tokoh-tokoh pejuang Asli.

Datok Suki Mie seang beri pandangan








Masa rehat, sempat juga solat di Masjid seribu selawat.

Solat Zuhor di Masjid Seribu selawat.


Tahun 1987, pernah landing di sini. Naik bot nelayan ke pulau sembilan.





Rabu, 16 Mac 2022

PERASMIAN DATARAN AS SYAMS DI IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL KUALA NERUS, TERENGGANU

https://mizwalah.org/mizwlah-ipg-bt-rakit/

                 

  Institut pendidikan guru Kampus Dato'Razali Ismail  (IPGKDRI) telah mengorak langkah membina dataran As Syams yang menempatkan jam Matahari atau Mizwalah bagi tujuan memantapkan pembelajaran siswa Guru di IPG.  Pembinaan Mizwalah di Dataran As Syams adalah sebahagian item yang adalam dalam Galeri warisan Islam yang diwujudkan di IIPGKDRI.

Perasmian Dataran AsSyams disempurnakan oleh Yang Berusaha Dt Mohamad Isa bin Azis, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Institusi pendidikan guru Malaysia (IPGM) sempena dengan Majlis Pertandingan Tilawah, Hafazan  Quran Peringkat kebangsaan yang diadakan di IPG Kampus Dato'Razali Ismail.


Perasmian Dataran AsSyams disempurnakan oleh Yang Berusaha Dt Mohamad Isa bin Azis, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Institusi pendidikan guru Malaysia (IPGM) sempena dengan Majlis Pertandingan Tilawah, Hafazan  Quran Peringkat kebangsaan yang diadakan di IPG Kampus Dato'Razali Ismail.

Terdapat 2 bahagian utama Mizwalah di Dataran As Syams.

i.    Tongkat Istiwa .Terletak di bahagian utara. Berfungsi sebagai penunjuk waktu solat dengan bayangan tongkat (Istiwa)

ii Jam Matahari Mengufuk. Hujung bayang gnomon akan memberi waktu dan tarikh

      

Ukuran dua kolah dibina di hadapan Pusat Islam Al Muttaqin


Gantang Madinah.

Ukuran isipadu  gantang Madinah ialah 2.4 kilogram

Replika Gantang Madinah dan Mud Madinah diperolehi daripada Majlis Agama Islam Perlis yang telah mendapatkan gantang sebenar daripada al Fadilah alSyeikh Hamid bin Ahmad bin Akram al-Bukhari al-Madani, Madinah Munawarah.

Mud Madinah bersamaam 1/4 gantang Madinah



Gantang Baghdad. Replika Gantang Baghad diperolehi daripada simpanan Majlis Agama Islam Kelantan yang diperolehi daripada Tuan Guru Abdullah Tahir Bunut Payong, Kota Bharu Kelantan. Gantang Baghdad merupakan gantang yang paling popular di negara kita. Majlis Fatwa kebanagsaan telah menjadikan gantang Baghdad sebagai ukuran pembayaran zakat iaitu dengan kadar 2.7 kilogram


        


Jumaat, 4 Mac 2022

LAWATAN PEMANTAUAN PROGRAM SEKOLAH PROKHAS POS ARING 5, GUA MUSANG, KELANTAN.

              Pada 20 dan 21 Februari yang lalu, IPGKDRI dan IPGKKB telah menyertai program Pemantauan Pelaksanaan Modul Prokhas di Sekolah Prokhas Aring 5. Program ini turut disertai oleh KPPK JPN Kelantan En Azuari, Pn Norzihan dan beberapa pegawai PPD Gua Musang. Tujuan pemantauan ini adalah bagi melihat keberkesanan dan kesesuaian "buku panduan guru " yang dihasilkan oleh pasukan pembantu Prokhas Aring 5.
              Sepuloh tahun lalu, Wak pernah ke kampung ini dalam program pendidikan bersama Guru Besar Sekolah Pasir Linggi, Cikgu Sakinah (kalau tak silap namanya) dan Pengawai Pendidikan JAKOA Kelantan, Abang Ramli. Rujuk tarikh Mac 2009 dalam blog ini
Perbincangan dengan PPD dan JPN 

       Guru yang mengajar di sekolah ini menyatakan , mereka bertolak dari Sekolah Kebangsaan Aring kira-kira jam 8.00 pagi kerana membawa bekalan makanan (RMT). Menurut Cikgu Hisham, jarak dari sekolah Aring ke sekolah Prokhas kira-kira 50 kilometer.Perjalanan dari sekolah Aring ke sekolah Prokhas mengambil masa kira-kira satu jam,bergantung kepada keadaan jalan dan cuaca kerana guru-guru ini datang ke sekolah menaiki motorsikal.
    Dalam perbincangan, beberapa masalah telah ditimbulkan oleh para guru mengenai perjalanan sekolah Prokhas.  Dapatan ini mungkin sebagai pandangan pemerhatian selama 3 jam, bermula dari jam 9.00 pagi hingga murid pulang pada jam 12.00 tengahari. 
        Antara dapatan perbincangan dan pemerhatian ialah: 
1. Tahap usia yang tidak sekata. Umur murid yang berada dalam kelas antara 6 tahun hingga 13 tahun. Dalam perncangan awal, hanya murid yang berusia 7 hingga 9 tahun sahaja yang akan bersekolah di sini, tetapi atas beberapa pertimnbangan, pihak sekolah menerima juga murid yang lebih usia.
2. Tahap pencapaian murid berbeza. Ada yang belum mengenal huruf dan ada yang telah dapat membatang perkataan.
3. Tiada panduan guru untuk mengajar dan tiada bahan bantu mengajar yang dibekalkan.
4. Tiada jadual yang khusus walaupun program telah lama berjalan.. Cara masuk kelas, nyanyian lagu negaraku atau lagu negeri Lagu Selamat Sultan kurang didedahkan. Cara permulaan kelas (untuk masuk kelas ) dan cara menutup kelas (waktu balik) tidak ada peraturan yang khusus.
5. Cara penyampaian guru dalam aktiviti nampak statik. Kurang aktiviti yang boleh membina  kreativiti murid. Peruntukan bahan bantu mengajar mungkin boleh memberi kekretivitian kepada guru untuk memperbanyakan aktiviti.
         Guru dilihat terlalu mendominasi kelas sehingga murid tidak berpeluang  memberi reaksi dalam kelas.
5.  Interaksi antara guru dengan murid agak pasif. Kepasifan interaksi  dilihat sebagai penyebab kepada kesukaran murid menerima pengajaran guru. Situasi ini dilihat sebagai kekakangan atau boleh dikatakan sebagai halangan untuk mencapai interaksi yang berkesan

6. Pakaian guru terlalu santai, memakai baju T dan seluar sukan.  Alasan yang diberi oleh guru agar murid tidak "terkejut" dengan budaya "pakaian smart". Wak pun masuklah pakai T shirt, tetapi selepas tu, rombongan PPD dan JPN datang pakai pakaian smart, siap tali leher lagi.  Aduss.
Rasanya sekiranya cikgu berpakaian lengkap seperti guru di sekolah arus perdana, murid akan lebih berasa duduk dalam kelas yang formal, kerana selepas ini murid akan bersekolah di sekolah arus perdana.

         Masa nak balik,...... Terfikir juga beban guru. Terpaksa tunggu makanan di kantin Aring dan membawa makanan RMT. Mereka naik motorsikal. Cuaca tidak menentu. Dalam perjalanan berselesih dengan lori sawit (lori hantu) , selisih dengan trailer bawa bijih, jumpa babi, lalu kawasan ladang sawit... 

         Ya Allah, semoga usaha murni mewujudkan Prokhas akan berjaya menyedarkan masyarakat ini tentang kepentingan pendidikan.

HENDROP MEMBACA