Khamis, 29 Mac 2018

Mahabbah Tohoi 2018

Pada 26-28 Mac 2018, IPGKKB dengan kerjasama SukarelawanMalaysia, MRA, KAKOA, MAIK,JAKIM dan JPN Kelantan telah menganjurkan Mahabah Tohoi 18.

Peristiwa “hitam” di perkampungan Pos Tohoi tiga tahun lalu masih segar dalam kalangan masyarakat  Malaysia. SukarelawanMalaysia dengan kerjasama Institut Pendidikan Kota Bharu (IPGKKB), Malaysia Relief Agency (MRA), pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Institut teknoligi Mara (UiTM), Kolej Universiti Insaniah (KUIN) , Kolej Teknologi Darul Naim (KTD) Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), JAKIM dan  MAIK telah berganding bahu mengadakan program Mahabah Tohoi 2018.
Program selama tiga hari dua malam  yang telah dirasmikan oleh Pengarah JAKOA Kelantan, Encik Hashim bin Alang Abdul Hamid yang mewakili Yang Berhormat Senator Datuk Isa Abd Hamid mendapat sambutan yang amat menggalakan dari penduduk setempat.

Dengan teriakan visi " TOHOI Nombor Satu" kepada  murid dan ibu bapa Sekolah Kebangsaan Tohoi telah memberi satu suntikan baharu kepada masyarakat  untuk bangun membina diri dan keluarga seterusnya masyarakat Tohoi agar setanding dengan  kelompok lain yang lebih maju.
Program diisi dengan berbagai aktiviti yang melibatkan pemimpin masyarakat setempat dan warga sekolah. Antara pengisian program ialah bengkel Fatihah dan Audit Solat, Perkhidmatan dan pemeriksaaan kesihatan dengan kerjasama MRA, Pendidikan Abad ke 21, bengkel penampilan diri untuk ibu-ibu, slot kebersihan dan penjagaan diri untuk bapa-bapa, sukaneka dan bengkel pembangunan ekonomi keluarga.
Program didik hibur turut diadakan bagi murid sekolah yang rata-rata amat meminati hiburan dalam pelajaran.
Masyarakat ibubapa Tohoi mempunyai visi yang jelas dalam pendidikan. Ini terbukti apabila dalam program melibatkan ibubapa, mereka sanggup meninggalkan kerja seharian demi untuk mengambil manfaat dengan kehadiran kumpulan MahabahTohoi.
Gabungan SukarelawanMalaysia dan MRA serta penglibatan aktif IPGKKB dalam aktiviti berkenaan telah memeriahkan program.

Dr Alifah Mohd Zizi dari MRA  yang bertugas sebagai Pakar Sakit Puan Di Hospital Raja Perempuan Zainab Kota Bharu sangat teruja dengan kesedaran masyarakat di sini terhadap kepentingan penjagaan  kesihatan.

 Sambutan masyarakat tempatan amat positif dan kesedaran tentang penjagaan diri seharian.
Berbeza dengan suasana  sepuluh tahun lalu,  kanak-kanak seolah-olah takut dengan pasukan perubatan tetapi kini kanak-kanak berani untuk  berinteraksi dengan pasukan perubatan



Cik Che Nurdienatul Sofina bt Che Mahadi (22), pelajar Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melahirkan rasa bangga kerana dipilih untuk menyertai program ini.

Tragedi Tohoi pada 2015 yang pernah menggemparkan tanah air. Program seperti ini seharusnya dijadikan salah satu program wajib dalam kalangan pelajar IPT kerana program turun padang seperti ini memberi manfaat yang besar kepada peserta.
Bagi Che Normadiha bt Zakaria (23) pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM menyatakan : "program Mahabah Tohoi merupakan satu peluang keemasan kepada saya untuk mempraktikan ilmu yang saya pelajari selma ini. Menaburi bakti dalam kalangan murid dan masyarakat Asli amat bermakna kerana peluang seperti ini jarang boleh diperolehi oleh mahasiswa seperti kami".
Tuan haji Mohammad shamsudin  Jamiran selaku penyelaras mengucapkan terima kasih kepada semua pihak di atas sokongan, bantuan dan kerjasama yang dihulurkan. Dalam era kekurangan budget masih ada pihak NGO yang sanggup membantu menjayakan progrram ini.

















Khamis, 15 Mac 2018

MAHABBAH 2018 DI POS PASIK @ PERMAI

           Program Mahabah bimbingan Quran dan Literasi Bahasa seterusnya diadakan di Pos Permai, Gua Musang. Program diadakan pada 12 hingga 14 Mac 2018 disertai oleh 15 Guru Pelatih PISMP Pemulihan Semester 4, 7 pelatih praktikum  Pusat Sumber dan Unit kaunseling dan  11 orang pensyarah serta Staf Pusat Sumber Tok Kenali, IPGKKB.

           Program tambahan kepada program sedia ada di Pos ini ialah program meningkatkan  motivasi dan team building dalam kalangan warga sekolah, Meningkatkan pemantapan pengurusan  bilik darjah untuk pengajaran  berkesan dan menyuntik kesedaran  kepentingan ilmu kepada anak-anak dalam kalangan ibubapa.

         Penceramah program guru dari Jabatan Ilmu Pendidikan ialah Puan Karimah dan Puan Mariah yang menyentuh tentang pengurusan bilik darjah.












Membawa chef-chef dari Kedah. Masa ni Haji dah Pencen, tapi jiwanya tetap membugar membantu kami.

"Siapa makan banyak?".  .....
Haji cukup teliti dalam menyajikan makanan. 



             

Ahad, 4 Mac 2018

POS GEMALAH HARI INI

                    Sempena program Mahabah di Sekolah Kebangsaan Pulat, Gua Musang, saya bersama Hj Rosely telah berkunjung ke Pos Gemalah. Untuk sampai ke sana, satu-satunya jalan ialah menaiki bot dengan kadar bayaran RM150.00, campur dengan minyak sebanyak RM30.00.
                  Memudiki Sungai Nengiri selama lebih kurang 2 jam, melalui jeram-jeram yang berair deras, Untuk melalui jeram yang sempit, salah seorang daripada penumpang kena turun, kemudian baru diambil semula. Lambat.














Khamis, 1 Mac 2018

MAHABBAH SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA LAH & PENDIDIKAN ABAD KE 21

                  Pada 27 Februari hingga 1 Mac 2018, PKPP IPGKKB meneruskan lagi misi program Mahabbah Bimbingan Quran ke destinasi seterus ialah Sekolah Kebangsaan Kuala Lah, Gua Musang(SKKL). Kumpulan guru pelatih Pendidikan Khas 2 semester 4 seramai 15 orang terlibat dalam program ini.

              Sekolah Kebangsaan Kuala Lah yang terletak di pinggir jalan  antara Gua Musang dan Jeli  agak memudahkan perlaksanaan program ini. Semua perkampungan di sini mudah dihubungi oleh jalan raya.

               Program kali ini agak "lebih besar" kerana program yang sepatutnya diadakan di SKKL telah dijadikan program Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang (PPDGM). Program bersama guru yang biasanya diadakan di sekolah telah diadakan di PPDGM dan pesertanya meliputi guru guru Pendidikan Islam (GPI) seluruh Gua Musang. Program selari ini dijalankan di Dewan Sekolah Menengah Tengku Indera Putera 2, Gua Musang. Seramai 66 orang guru terlibat dalam program ini. Tuan Haji Muhamad Ali dan Puan Kasnimi mewakili Jabatan Ilmu Pendidikan dalam memberi input Pendidikan Abad ke 21.

                
Tn Haji Mohamad Ali Awang Teh memulakan bicara  dengan bicara SAMR

Pn Hjh Kasnimi Seman  berkolaborasi dengan para ustaz dan ustazah

Tekun

Ustaz Dasuki, GPI dari SK Blau yang terlah berkhidmat selama 4 tahun di SK Asli dan mempunyai Visi dan Misi tersendiri


Ustaz Fadzali, Penyelia GPI PPDGM

Menimba ilmu PAK21



Timbalan Pengarah IPGKKB mengambil slot bicara santai bersama GPI

            Program di SKKL dimulai dengan taklimat kepada para peserta di perkarangan sekolah.






















Program bermula dengan menziarahi kampung di sekitar sekolah.  Kebanyakan penduduk tidak berada di rumah kerana berkerja di luar kampung.


              Program pada waktu malam diadakan dalam dua lokasi. Program di suaru kampung dikendalikan oleh Ustaz Wan Hussin, Penggerak JAKIM yang bertugas di kampung ini.

HENDROP MEMBACA