Jumaat, 8 April 2022

Lawatan Kunjung Hormat ke Pengarah JAKOA Kelantan/ Terengganu

               Pada 7 April 2022, IPGKDRI telah mengadakan kunjung hormat ke pejabat Pengarah JAKOA Terengganu. Rombongan diketuai oleh Tuan Pengarah, Dr Hjh Narita Mohd Noor dan beberapa orang pensyarah dari Unit  Jawatankuasa Kecemerlangan Pendidikan Peribumi, IPGKDRI.

             Dalam pertemuan sehari itu , kedua-dua pihak membincangkan tentang perkara yang boleh disumbang dan dijalankan bagi meningkatkan pencapaian pendidikan pelajar masyarakat Asli di Kelantan dan Terengganu.






Isnin, 4 April 2022

GALERI MIZWALAH: DATARAN AS-SYAMS

 

IPG KAMPUS  DATO’ RAZALI ISMAIL  BANGUNKAN GALERI WARISAN ILMU ISLAM SILAM

 

KUALA NERUS.  Kesedaran untuk menghidupkan ilmu-ilmu Islam silam yang hampir dilupai telah membuahkan idea kepada para pensyarah Jabatan Pendidikan Islam Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus, Terengganu (IPGKDRI)  untuk membangunkan Galeri Warisan Ilmu Islam Silam.

Menurut Dr Hajah Narita binti Mohd Noor, Pengarah IPGKDRI, untuk fasa satu ini, galeri ini dilengkapi dengan jam matahari (Mizwalah), Replika Dua Kolah, Gantang Baghdad, Mud Madinah dan Gantang Madinah.        

Pihaknya telah mendapatkan replika  gantang Madinah daripada Majlis Agama Islam Negeri Perlis. Pihak mufti telah bermurah hati meminjamkan gantang Madinah untuk diambil ukuran sebenar. Gantang Baghdad pula diambil daripada simpanan Majlis Agama Islam Negeri Kelantan yang pemilik asalnya ialah Tuan Guru Haji Abdullah Tahir, Bunut Payung, Kota Bharu, Kelantan.

 


 

Perasmian Galeri warisan Ilmu Islam Silam telah disempurnakan oleh Timbalan Rektor IPGM, Dr. Mohamad Isa bin Azis pada 13 Mac 2022 yang lalu. Beliau mengucapkan tahniah kepada IPGKDRI atas usaha  Tuan Pengarah membangunkan galeri ilmu yang julung-julung kali dibangunkan di IPG.

 

 

Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Dr Mohamad Rosdi Ab Majid menyatakan, idea membangunkan galeri ini tercetus apabila para pensyarah menghadapi masalah untuk menunjukkan sukatan atau panduan  terhadap persoalan yang dikemukakan oleh bakal guru. Antara  istilah yang sering digunakan dalam kehidupan seharian kita ialah istilah “dua Kolah”, segantang Baghdad”, sepenggalah, istiwa, dan penentuan waktu sembahyang fardhu.

Galeri ini telah menempatkan jam matahari atau Mizwalah. Binaan Mizwalah diletak di dataran As Syams, di hadapan Pusat Islam Al Muttaqin. Mizwalah ini amat menarik perhatian pengunjung. Dengan melihat kepada Mizwalah, para pengunjung pasti teruja kerana mereka akan dapat melihat penentuan  waktu solat, dapat melihat jam waktu,  melihat kedudukan tarikh semasa, mengetahui  kitaran musim dalam masa setahun



Guru pelatih teruja mendengar penjelasan mengenai Mizwalah daripada pensyarah

Maklumat lain yang boleh didapati daripada Mizwalah di IPGKDRI ialah garisan melintang Solstis Musim Sejuk (Winter Solstice), yang berlaku pada 21 atau 22 Disember setiap tahun, berwarna MERAH. Garisan melintang Solstis Musim Panas (Summer Solstice), yang berlaku pada 20 atau 21 Jun setiap tahun, berwarna BIRU.

Garisan melintang berwarna HITAM, menandakan dua Ekuinoks. Iaitu Ekuinoks Musim Bunga ( Spring Equinox) yang berlaku pada 19 atau 21 Mac dan juga Ekuinoks Musim Luruh ( Autumnal Equinox) yang berlaku diantara 21 ke 24 September.

 

 

 

 

Kepada sesiapa yang belum pernah melihat Gantang Baghdad dan gantang Madinah, maka bolehlah menjadikan Galeri ini  rujukan.  Kedua-dua gantang ini adalah replika daripada  gantang sebenar .


Munirah memegang gantang Baghdad


 

               Gantang Baghdad satu sukatan yang dijadikan penyukat untuk kaum muslimin membayar zakat fitrah. Gantang Baghdad ini   diperolehi daripada  Tuan Guru Abdullah Tahir Bunut Payong, Kota Bharu, Kelantan .

Keputusan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 11 Mac 2002 telah mencadangkan kepada negeri di Malaysia, bayaran zakat fitrah adalah disandarkan kepada satu gantang Baghdad bersamaan dengan 2.7 kg.

 

Gantang Madinah juga merupakan sukatan untuk mengeluarkan zakat fitrah bagi ahli Madinah Munawarah. Replika simpanan MAIPs ini  diperolehi daripada  Fadilah al-Syeikh Hamid bin Ahmad bin Akram al-Bukhari al-Madani, Madinah Munawarah.

Isipadu kandungan Gantang Madinah adalah 2.4 kilogram.


 

 

 

 

 

Galeri ini juga menempatkan replika “dua Kolah”. istilah “dua qullah” ini berasal daripada hadis Rasullulah s.a.w dalam bab menerangkan kesucian air.  Replika Dua KOlah yang dibangunkan telah mengambil ukuran yang diberikan oleh Sheikh Dr. Wahbah Zuhaili iaitu sebanyak 270 liter.


Guru pelatih melihat ukuran dua kolah

 

Dr. Mohamad Rosdi berkata, Galeri ini boleh dijadikan rujukan oleh semua pihak yang ingin melihat secara lebih dekat warisan ilmu -ilmu Islam silam yang kini mula terhakis. Pihak IPGKDRI amat mengalu-alukan kepada masyarakat Islam di sekitar Terengganu untuk datang melihat  pameran yang ada di galeri ini.

Pihak IPGKDRI mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah turut sama menjayakan galeri ini , terutamanya Rektor IPGM, SS Mufti Terengganu, Dato SS Mufti Kelantan, Datuk SS Mufti Perlis, Yang Dipertua Persatuan Falak Syarie Malaysia, Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Terengganu. Tanpa sokongan dan Kerjasama dari mereka, mungkin kami menghadapi kesukaran untuk  menjayakan program ini.

 

 

Jumaat, 1 April 2022

PROGRAM OUTREACH DAN SOKONGAN KOMUNITI DI TAMAN NEGARA & HULU TEMBELING, PAHANG BERSAMA DENGAN IPGM, EPRD, BPHAntarabangsa, NGO MCIO DAN IPGK ZON TIMUR

 Pada 29 hingga 31 Mac 2022, satu program outreach telah diadakan di Taman Negara Pahang.

  Seramai 32 orang terlibat dalam program outreach selama 3 hari 2 malam. Program  disertai oleh En Amzad (EPRD), Haji Kasri (BPHA), BPG , mantan Pengarah BPSH,Dato Mazlan Mohamed dan Mantan guru besar Sekolah kebangsaan Chenein, Sungai Siput, Tn hj Rahim.

  IPG Kampus Dato'Razali Ismail, IPG Kampus Kota Bharu dan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan turut serta.

Para peserta bergambar di tempat berlepas di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.


Tempat pertama dikunjungi ialah Sekolah kebangsaan Kuala Tahan. Seramai 20 orang murid terlibat dalam program Pgrm Coi Badoi Skulah (CBS), SAMAQ , Sekolah kebangsaan Kuala Tahan


Fail aktiviti murid CBS

Folder menyimpan buku murid

Buku aktiviti murid

              Guru yang mengajar dua orang. Cikgu Ikin dan cikgu Zul akan bergilir mengajar murid. Belum ada modul untuk mengajar. Mereka mengajar menggunakan buku kerja yang dibekalkan oleh NGO.
Dalam kelas ada tiga peringkat pencapaian murid Rendah, sedrhana dan mahir. Muridyang boleh melepasi tapisan akan dimasukkan ke dalam kelas arus perdana. Murid berusia antar 6 tahun hingga 16 tahun.

         Program ini pernah dibuat di Sekolah Kebangsaan Pasir Linggi, Gua Musang pada tahun 2008 dulu.
Serupa serumpun. Program untuk suku Bateq juga.
              Pakaian murid juga nampak kemas dan bersih. Majoriti murid masih tinggal di rumah Hayak dipinggir-pinggi sungai





 Lokasi seterusnya ialah perkampungan Asli Kuala Sat. Terdapat 26 keluarga yang tinggal di sini. Seramai 26 orang murid berseolah di Sekolah Kebangsaan Kuala Sat, Jerantut. Murid akan ke sekolah dengan menaiki bot selama lebih kurang 20 minit. Dua suku kaum terdapat di sini iaitu Semah Beri dan Bateq



Rumah masih berdindingkan kulit kayu Meranti.

Dr Zuraidah, wakil BPHSA besama penduduk kampung








Madrasah yang baru dibina di sini

Wakil NGO MICO menghulurkan sumbangan


Menaiki bot untuk ke perkampungan Asli


Sedang buat demo  "dron" untuk diberikan kepada kanak-kanak Asli



Sumbangan lampu solar menjelang Ramadhan


Kuliah subuh di Masji Kg Bantal




Masyarakat Asli di sekitar bersolat jumaat di sini. Menurut Ustaz Farhan, kehadiran memuaskan

Menghantar cucu ke sekolah menaiki perahu






Ada perancangan jalan ke Pasir Raja, Dungun. Jarak dalam 50 KM sahaja. Sekarang ni, jarak lebih 400 km









Inilah "bas sekolaah" kami sejak 3 keturunan


Murid di seklah ini berjumlah 86 orang dengan 17 orang guru. Guru -guru tinggal berkongsi dan ada yang tinggal dalam kelas atau stor yang telah diubahsuai menjadi bilik tidur









HENDROP MEMBACA