Rabu, 22 Ogos 2018

SEJARAH KELAS DEWASA ASLI PERIBUMI

K E D A P 


KELAS DEWASA ASLI & PENAN

 ( Ditukar kepada KELAS DEWASA ASLI & PERIBUMI apabila program diluaskan ke Sabah) 

        Rumusan mesyuarat Pemantau KAP di Hotel Mega Miri, Sarawak pada Jun 2007; hasil daripada pemantauan KAP di 6 buah sekolah rintis, dicadangkan agar ibu bapa murid Asli juga diberi pendidikan kelas dewasa.


Rasionalnya agar ibu bapa boleh memberi pendidikan kepada anak mereka TKSU KPM YBhg. Dato’ Fatimah Deni dalam Mesyuarat Pelaksanaan Kelas Dewasa pada 9 November 2007 memaklumkan Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan yang dipengerusikan oleh KSN memutuskan KPM perlu bekerjasama dengan agensi tertentu dalam usaha untuk membasmi kemiskinan melalui pendidikan kepada kumpulan Orang Asli, Penan dan nelayan.

 Asas Pertimbangan 1 

Menurut Global Monitoring Report 2006 - Literacy for Life, (UNESCO), kadar literasi di Malaysia adalah sama dengan negara-negara seperti Myanmar, Sri Lanka, Mauritius dan Vietnam. 

Asas Pertimbangan 2 Peranan ibu bapa dalam memberi motivasi dan kesedaran pelajaran kepada anak-anak mereka adalah penting. 


Dilaporkan bahawa kadar literasi di Malaysia adalah lebih rendah berbanding dengan Indonesia Membantu ibu bapa murid Orang Asli dan Penan meningkatkan tahap literasi dan membentuk sikap positif terhadap pembelajaran sepanjang hayat bagi meningkatkan taraf dan kualiti hidup. 

 Kurikulum KEDAP membolehkan ibu bapa murid Orang Asli dan Penan/Peribumi: 

  bertutur dalam Bahasa Malaysia dengan mudah dan jelas. 

 membaca bahan-bahan yang ditulis dalam BM yang berkaitan dengan kehidupan harian. 

  menulis dan memahami ide mudah. 

  menyelesaikan masalah mengira dengan mudah. 

 berminat untuk menambah pengetahuan dan kemahiran dalam penyelesaian masalah mengira.

Pemantauan KEDAP di Sekolah Kampung Tekir, Negeri Sembilan

Bersama Tok Batin Tekir



Murid KEDAP Sekolah Long Sait, Hulu Baram, Sarawak

Peserta KEDAP Sekolah Kebangsaan Kampung Kenang, Sungai Siput Utara, Kuala Kangsar Perak


 Matlamat kurikulum KEDAP 

 OBJEKTIF KEDAP 

Prinsip Kurikulum KEDAP Pembinaan Kurikulum KEDAP didasari oleh dua perkara utama iaitu

 Teori andragogi dan Prinsip Pembelajaran Orang Dewasa yang dipelopori oleh Malcom Knowles (1988). 


Bersama KEDAP di Long Lamei, Hulu Baram, Sarawak

Prinsip Pembinaan KEDAP.

  Orang dewasa belajar secara terarah kendiri 

 Berpengalaman luas. 

  Pembelajaran berorientasikan matlamat 

  Pembelajaran berorientasikan perkara yang relevan . 

  Bersifat praktikal dan berfokus 

  Perlu dihormati Dilaksanakan secara fleksibel LLiterasi LFungsian Komunikasi




Khamis, 2 Ogos 2018

MAHABBAH PASIR LINGGI 2018 DI PERKAMPUNGAN POS LEBIR, GUA MUSANG, KELANTAN


                 Program mahabah Pasir Linggi diadakan pada 1 - 2 Ogos 2018 di Pos Lebir, Pasir Linggi, Gua Musang.

























Kenangan 2012

Bersama permata Linggi

Pn Zaini dan Pn Rozana Menyantuni ibu-ibu

Amali solat

Penghulu Ramli

Hari Peribumi Dunia di IPGTAA

                Pada 2 Ogos 2018, sambutan memperingati  hari masyarakat peribumi diadakan di IPGTAA.








HENDROP MEMBACA